Pengiktirafan HALAL Untuk Dendeng Dan Sambal Nyet

Alhamdulillah, Dendeng dan Sambal Nyet kini disahkan HALAL oleh JAKIM. Ini adalah pencapaian besar bagi kami, bermula dari kilang yang dibina dari awal, kami membangunkannya sedikit demi sedikit sehingga mendapat pengiktirafan ini. Sebelum ini, kami juga telah memperoleh sijil MeSTI, yang memastikan kebersihan dan keselamatan kilang kami.

Kami berharap untuk terus maju dengan memohon sijil HACCP untuk kilang kami di Kelantan. Doakan agar usaha ini berjaya 🙏🏻. Pengiktirafan ini bukan sahaja penting untuk memastikan produk kami memenuhi standard tertinggi, tetapi juga untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan kami. Terima kasih atas sokongan anda semua!

Resipi Lain Yang Patut Anda Cuba