
Ramai yang bertanya, jika hari ini baru mendapat sijil HALAL, adakah sebelum ini produk tidak halal? Bukan bermaksud produk itu tidak halal. Produk kami sentiasa dimasak dengan bahan-bahan halal kerana saya sendiri memakannya. Mendapatkan pengiktirafan ini melibatkan prosedur dan masa, terutama apabila membina kilang dari kosong.
Prosesnya adalah seperti berikut:
Sijil MeSTI: Kami mula dengan mendapatkan sijil MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, yang memastikan kebersihan dan keselamatan dalam pengeluaran makanan.
Sijil HALAL: Setelah itu, kami memohon sijil HALAL daripada JAKIM untuk meningkatkan taraf kilang dan memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa kilang, pembekal, dan proses masakan kami memenuhi standard halal.
Langkah Seterusnya: Seterusnya, kami bercadang untuk memohon sijil lain seperti HACCP secara berperingkat.
Dengan mendapatkan sijil HALAL, ini membolehkan kami merancang untuk memperluaskan pasaran ke tahap yang lebih besar inshaAllah 😁. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda semua.
Ada yang tanya kalau hari ni baru dapat sijil halal, maksudnya sebelum ni tak halal ke makan sambal dan dendeng. Bukan bermaksud benda tu tak halal, cuma nak buat kilang ada prosedur dia. Kita bina kilang daripada kosong, memang ambil masa nak siapkan production line sepenuhnya.…
— Khairulaming (@khairulaming) November 21, 2024