Hasil daripada video di New Zealand, kami mendapat jemputan daripada Oman Tourism untuk menjelajah Oman selama 8 hari 7 malam. Mereka menawarkan pengalaman 5 bintang, di mana apa sahaja yang diminta, mereka sediakan 😭.
Dengan 8 biji kamera, 7 hari penggambaran, dan 3 ahli pasukan, kami berharap siri Oman ini akan menjadi lebih besar daripada siri New Zealand. Nantikan 7 episod yang bakal datang! Terima kasih atas sokongan anda dan semoga anda terhibur dengan pengembaraan ini.